Gee Mix Channel merupakan sebuah blog yang memaparkan hal-ehwal semasa, termasuk, pendidikan, perniagaan, kesihatan dan kecantikan, internet dan komputer, teknologi, kenderaan, muzik dan hiburan, fotografi dan juga rekabentuk laman web serta banyak lagi informasi-informasi yang berguna. Gee Mix Channel menyediakan perkhidmatan tulisan secara percuma hasil dari pengumpulan maklumat dan juga nota-nota dari penulis untuk tatapan para pembaca.
Thursday, January 3, 2013
SONY Xperia Tablet - gajet canggih masa kini
SONY telah memperkenalkan satu lagi model gajet komunikasi yang hebat dan berkualiti tinggi yang pasti akan memberikan tamparan hebat ke atas pesaing-pesaing peralatan komunikasi di serata dunia.
Tablet yang telah dilahirkan dari keluarga Xperia ini mempunyai ciri-ciri hebat dan berkualiti yang tersendiri. Terdapat 2 jenis tablet untuk masakini, iaitu, Xperia Tablet S (Wi-Fi) dan juga Xperia Tablet S (3G).
Masing-masing mempunyai kelebihan dan kehebatan tersendiri.
SONY Xperia Tablet ini lebih nipis dan ringan seperti buku tulis memberikan penggunanya mudah untuk memegang dan mengendalikan dalam apa jua keadaan. Samada ketika menonton, menaiki bas atau berjalan kaki di taman.
Dihasilkan dengan 'Splash-Proof design', anda juga tidak perlu risau dengan percikan air ketika menggunakannya di dapur ketika memasak. Bersesuaian dengan 'Splash-Proof Design', maka ianya tidaklah sesuai digunakan di dalam air atau terkena percikan air yang begitu banyak. Ini kerana ia dicipta untuk tidak digunakan di dalam air, hanya dicipta untuk percikan air dengan jumlah yang kecil sahaja. 'Splash-Proof Design' didatangkan dengan pelindung 'Multi-Port' dan juga 'Table Stand SGPDS4 yang dijual berasingan sebagai aksesori tambahan.
SONY Xperia Tablet ini didatangkan dengan skrin berukuran 9.4" pasti akan memberikan kepuasan kepada setiap penggunanya menatap wajah tablet ini. Skrin yang beasaskan 'SONY Unique OptiContrast Panel' ini mampu memberikan pengguna melihat skrin dengan jelas dari pelbagai sudut samada pengunaan dalaman atau luaran kerana pengunaan pencahayaan yang sedikit. Anda pasti teruja ketika menggunakannya kerana setiap imej yang dipaparkan amat jelas dan ketara dengan kejituan cahaya yang tepat. Lebih-lebih lagi papan paparan juga dilengkapi dengan 'anti-fingerprint' bagi memudahkan penggunanya menyentuh dengan lembut papan pemuka ketika mengendalikannya.
Selain itu, SONY Xperia Tablet ini dilengkapi dengan bunyi audio 3D, yang pastinya menghiburkan anda. Audio yang dicipta khas mampu memberikan bunyi yang jelas dan ketara samada anda mendengar lagu atau ketika bermain 'games'. Satu lagi teknologi SONY yang rata-ratanya telah diketahui ramai akan kepadatan dan kejituan bunyi yang dihasilkan selama ini.
Bagi melancarkan penggunaannya, SONY Xperia Tablet ini didatangkan juga dengan cip enjin dari 'NVIDIA TEGRA 3-QUAD CORE PROCESSOR' hasil ciptaan dari 'SONY QUICK TOUCH AND SONY QUICK VIEW TECHNOLOGIES'. Ini bertujuan memastikan setiap aplikasi yang anda gunakan seperti melayari internet, bermain 'games' ataupun menonton video berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan yang boleh membuatkan penggunanya merasa bosan atau hilang sabar dengan paparan yang perlahan atau mengambil masa yang lama untuk memulakan sesuatu aplikasi.
Kehebatannya sekali teruji dengan penampilan kamera bersaiz 8MP HD dibahagian belakang dan 1MP HD dibahagian hadapan. Kamera ini mampu memberikan anda kepuasan ketika menggunakan 'video chatting' dan juga mengambil gambar. Saya sendiri telah mencubanya. Sungguh hebat!!
Selain itu, SONY Xperia Tablet ini juga unik kerana diciptakan untuk mengendalikan peralatan 'AV' anda dirumah dengan sambungan 'IR'. Aplikasi ini merupakan satu aplikasi yang perlu dibanggakan kerana ia boleh mengendalikan sebarang peralatan 'AV' anda walaupun ia berlainan jenama. Satu lagi ciptaan yang menjadikannya lain dari yang lain. Anda hanya perlu lakukan ialah menggunakan 'sofware' yang diberikan dan mempelajari kod-kod dari peralatan 'AV' anda secara sendiri. Unik bukan?
Selain dari sambungan 'IR', SONY Xperia Tablet ini juga dilengkapi dengan sambungan 'DLNA' dan juga 'HDMI' bagi memudahkan penggunanya memaparkan video atau gambar ke TV ataupun 'projector' ketika membuat pembentangan hasil kerja ataupun untuk tontonan ramai.
Kemudahan ini juga didatangkan dengan slot 'SD' dimana anda boleh memuat-naik atau memuat-turun sebarang video, gambar ataupun hasil kerja anda dengan mudah dan pantas yang juga sekaligus mengurangkan pengunaan 'data-storange' untuk fail-fail media anda di dalam tablet ini!
Terdapat pelbagai aplikasi unik yang didatangkan bersama-sama SONY Xperia Tablet ini termasuklah ciriciri 'Guest Mode', pengendali peralatan 'AV', calculator, pelayar web, pelbagai jenis fail media, 'Google Play', laman sosial dan banyak lagi, yang pastinya memudahkan anda mengendalikan kesemuanya di satu tempat!
Apa yang boleh diperkatakan disini, SONY Xperia Tablet ini amat sesuai untuk semua peringkat umur dan generasi memilikinya kerana kemudahan-kemudahan aplikasi yang disertakan bersesuaian dan menepati dengan kemajuan teknologi masakini yang memerlukan penggunaan masa yang singkat, mudah dan cepat. Ia juga bersesuaian untuk kanak-kanak untuk belajar dan mendapatkan maklumat-maklumat pembelajaran yang diperlukan pada masakini. Tahniah! SONY! Kerana telah menghasilkan satu lagi teknologi yang bermutu tinggi dan menepati citarasa masakini!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment