Tuesday, January 1, 2013

INTRO-Gee Mix Channel


  Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca semua. Selamat datang ke blog 'Gee-Mix-Channel'. Sebelum memulakan sebarang bicara dan penulisan di blog ini, saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013 kepada anda semua. Syukur ke hadrat Illahi kerana diberi peluang untuk terus bernafas di bumi Allah ini dan meneruskan usaha saya sebagai seorang blogger dan tak jauh beza juga sebagai 'journalist'.

  Untuk pengetahuan anda, blog ini dihasilkan atas usaha saya sendiri dengan diberi nama 'Gee-Mix-Channel'. Idea ini tercetus pada suatu ketika semasa saya membaca artikel-artikel di blog-blog saya yang lain. Idea ini telah terhasil sejak dari tahun lepas lagi, namun, saya menyimpannya untuk dimulakan bagi tahun ini. 

  'Gee-Mix-Channel' ini mempunyai pelbagai maksud bagi diri saya. 'Gee' pada asalnya adalah panggilan bagi diri saya iaitu Faizi yang disebut Ji oleh orang tua saya. Namun begitu saya ubah sebutan itu menjadi 'Gi' dengan ejaan itu ditulis 'Gee'. Dengan itu, perkatan 'Gee' disini memberikan dua maksud bagi siri saya, iaitu yang pertama ia adalah nama panggilan saya dan keduanya adalah pecahan perkataan yang berbunyi 'Gi' seperti anda menyebut perkataan 'gigi'. Anda akan faham apa yang ingin saya sampaikan disini sekiranya anda terus membaca coretan saya seterusnya.

  'Mix' pula saya ambil dari perkataan bahasa Inggeris yang bermaksud campur atau gaul atau aduk ataupun gabung. Kenapa saya pilih perkataan 'Mix' ini? Anda juga pasti tertanya-tanya apa yang saya maksudkan dengan 'Mix' itu kan..?? Ok, saya memilih perkataan tersebut kerana ia memberikan maksud campur-aduk. Dimana, blog yang akan saya hasilkan ini merupakan sebuah blog yang mempunyai cerita atau artikel dan juga koleksi-koleksi nota saya yang akan dicampur-adukkan penampilannya supaya nampak lebih menarik dan sesuai untuk dibaca. 'Mix' di sini juga saya akan menggabungkan ke semua artikel-artikel di blog saya yang lain yang merangkumi pelbagai aspek seperti percutian, perniagaan, motivasi, lawak jenaka, dan pelbagai lagi untuk para pembaca dari pelbagai umur dan juga bangsa. 

  'Channel' pula dipilih untuk menunjukkan ia adalah sebuah saluran seperti penyiaran. Jadi dengan itu saya memilih Blogspot sebagai saluran penyiaran ke semua artikel-artikel saya di sini. 

  Anda tentu telah faham dengan maksud pilihan saya di atas tadi kan..?? Ya, 'Gee-Mix'Channel' adalah sebuah blog yang akan memaparkan pelbagai isu, termasuk pembelajaran, idealogi dan banyak lagi. 'Gee-Mix-Channel' juga memberi maksud kedua dengan sebutan 'gimik channel', iaitu penyampaian yang agak gimik untuk semua para pembaca. Seperti apa yang telah saya tuliskan di atas tadi, sekarang anda tentu sudah faham dengan maksud 'Gee-Mix-Channel' ini kan..?? Pertamanya, ia memberikan maksud nama panggilan saya dan keduanya adalah 'gimik'..!! Menarik tak..??

  Ok la, sebelum mengakhiri coretan pertama saya di sini, saya ingin mengucapkan selamat datang ke blog 'Gee-Mix-Channel' kepada semua pembaca sekali lagi. Diharapkan apa yang akan saya sampaikan disini tidak akan membosankan anda dan juga mengecewakan pencarian anda nanti. Yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk itu adalah dari saya sendiri. Apa yang saya inginkan adalah komen-komen dari anda para pembaca untuk memberikan saya lebih banyak idea justeru meningkatkan lagi nilai-nilai penulisan saya di masa akan datang. Namun begitu, pemberian komen dari anda bukan lah satu paksaan dan bukanlah sesuatu perkara wajib yang perlu anda lakukan setiap kali anda melawat laman blog saya ini. Sekian, wassalam...



 فيزيعبد الصمد 



No comments:

Post a Comment