Salah satu kelebihan yang terdapat pada SAMSUNG NX1000 ini ialah ia dilengkapi dengan sistem WiFi yang menepati ciri-ciri kamera generasi pada masa kini. Dengan sambungan WiFi SMART ini, pengguna boleh terus berkongsi gambar rakaman mereka terus daripada peranti dengan hanya menekan satu butang sahaja. Jika sebelum ini, pengguna perlu memuat-turun gambar-gambar rakaman mereka daripada peranti ke komputer peribadi dan memuat-naik semula jika ingin berkongsi ke laman sosial atau mengirimkan kepada rakan mengambil masa yang lama dan menyukarkan. Dengan kelebihan ciri butang SMART LINK HOT KEY yang terdapat pada SAMSUNG NX1000 ini, pengguna dapat menjimatkan masa dan memudahkan proses-proses memuat-naik setiap rakaman ke laman-laman sosial mereka.
Apa yang membuatkan SAMSUNG NX1000 ini setanding dengan kamera-kamera DSLR yang terdapat dipasaran masa kini ialah ia dilengkapi dengan 20.3MP APS-C CMOS yang mampu menghasilkan gambar-gambar dan rakaman video setanding dengan siri premium kamera lensa refleks tunggal digital (DSLR).
SAMSUNG NX 1000 ini mempunyai kawasan sensor yang begitu besar serta menerima banyak pencahayaan mampu mengurangkan tahap kadar noise dan memberikan rangkaian dinamik yang tinggi untuk menghasilkan gambar atau rakaman dengan warna yang tepat. Kadar sensitviti yang tinggi ini juga membuatkan SAMSUNG NX1000 ini sesuai digunakan di dalam situasi cahaya rendah tanpa sebarang gangguan grain ataupun noise.
Ciri HIGH SPEED CAPTURE dengan kadar penggambaran lapan bingkai per saat dan auto fokus setiap kerdipan mata yang dihasilkan untuk SAMSUNG NX1000 ini juga mampu merakam objek yang bergerak pantas dengan kadar yang sama dihasilkan oleh kamera DSLR.
SAMSUNG NX1000 ini juga dilengkapi dengan pelbagai mod shot iaitu mod tunggal, berterusan, burst, pemasa (self-timer) dan juga bracket dengan kualiti foto super-fine, fine dan juga normal.
Sistem iFunction 2.0 yang dilengkapkan pada SAMSUNG NX1000 ini juga adalah mesra pengguna kerana ia membolehkan pengguna menyesuaikan fungsi-fungsi kamera dengan hanya menekan satu butang sahaja.
Nilai-nilai yang dipaparkan pada gelungan SAMSUNG NX1000 ini juga mampu memberikan pengguna mengawal setiap parameter menggunakan lensa itu sendiri tanpa menggerakkan sasaran terkeluar dari kotak bingkai. SAMSUNG NX1000 juga mempunyai mod 3D dengan format rakaman video MP4 (H.264) membolehkan gambar-gambar panorama tiga dimensi dirakam dengan mudah dan berkualiti. Dengan paparan 3D-ready HDTV yang terdapat pada SAMSUNG NX1000 ini membolehkan setiap hasil rakaman ditonton dalam bentuk tiga dimensi.
Walaupun didatangkan dengan lensa kamera yang agak besar, SAMSUNG NX1000 ini mudah dibawa ke mana-mana sahaja dengan memiliki berat sekitar 218 gram tanpa bateri dan juga memori kad. Dengan kadar berat yang agak ringan ini juga membuatkan SAMSUNG NX1000 ini mudah dikendalikan oleh kanak-kanak yang gemar merakam gambar ataupun video.
Kecanggihan dan teknologi yang dihasilkan oleh SAMSUNG ELECTRONICS untuk SAMSUNG NX1000 ini telah memberikan satu idealogi dan tamparan hebat kepada pengeluar-pengeluar kamera digital mahupun DSLR di seluruh dunia untuk terus berlumba-lumba mencipta dan menghasilkan teknologi-teknologi berupa mesra pengguna bagi memasarkan produk-produk keluaran mereka.
No comments:
Post a Comment