Showing posts with label Artis Tempatan. Show all posts
Showing posts with label Artis Tempatan. Show all posts

Saturday, June 15, 2013

Neelofa Dikutuk Kerana Tayang Ketiak


Siapa yang tak kenal dengan Neelofa. Artis jelita yang menjadi pujaan ramai. Kalau dah memang nama artis, semua aktiviti dan tindak tanduk mereka memang menjadi tumpuan ramai. Baru-baru ini, Neelofa telah memuat-naik gambar beliau di Instagram miliknya yang menjadi bualan dan kritikan oleh sesetengah pihak. Beliau yang tidak sengaja telah memuat-naik sekeping gambar yang menampakan ketiaknya beberapa hari lepas telah mengundang banyak kritikan oleh peminat-peminatnya. Namun begitu, kebanyakan kritikan-kritikan tersebut kebanyakannya berbaur gurauan. Maklumlah artis cantik dan menarik...pasti menjadi pujaan ramai dan menaruh hati ke atas Neelofa...!!





Saturday, June 8, 2013

Shila Amzah Sengaja Tayang Dada


Shila Amzah yang semakin popular dipersada antarabangsa menerima berbagai kritikan dan tohmahan daripada peminat-peminat tanahair hanya kerana sekeping gambar beliau yang menayang dada. Gambar beliau yang berpakaian sukan yang agak ketat sehingga menampakkan susuk tubuhnya terutama di bahagian dada dimuat-naik di Instagram oleh beliau sendiri ketika hendak ke gym telah mendapat respon berbaur lucah dan juga nasihat oleh peminat-peminatnya.

Justeru itu, Shila telah memohon maaf diatas kesilapannya kepada semua dan memadam gambar tersebut dengan kenyataan "Sorry, but I don't need any part-time people in my life". 




Tuesday, April 9, 2013

Rozita Che Wan Tetap Berimej Seksi

Siapa yang tidak kenal dengan ibu tunggal kepada 2 orang anak, Rozita Che Wan, 40, yang memiliki bentuk tubuh badan yang menarik dan gemar tampil dengan imej seksi ini akan terus tetap dengan pendiriannya untuk mengekalkan imej seksinya walaupun dikritik dan dikutuk hebat oleh peminat.

Menurut beliau, dia lebih gemar dan selesa dengan imejnya kini walaupun pernah menimbulkan beberapa kontroversi dan dilemparkan kritikan pedas daripada peminat-peminat semata-mata memuat-naik beberapa gambar seksi beliau di Instagram.

Rozita menegaskan kepada pihak media yang memintanya mengulas berikutan kontroversi yang ditimbulkannya itu, bertegas akan tetap dengan pendiriannya dan tidak akan mengubah penampilan seksinya demi kerana orang lain.

Beliau yang selalu tampil dengan imej seksi dan sering menunjukkan bentuk tubuhnya dengan berpakaian ketat ini tidak pernah mengambil kisah kutukan dan kritikan dari sesetengah pihak. Namun begitu, berlainan pula dengan kekasihnya, Zain Saidin, yang agak panas telinga apabila buah hatinya itu sering dikecam dan dilemparkan dengan kata-kata yang agak kurang sopan dan menyakitkan telinga. Dengan itu, pelakon kelahiran kacukan Melayu-Inggeris ini telah mengambil tindakan untuk memadamkan gambar-gambar seksi Che Tah ini dari laman Instagramnya.

Menurut Che Tah, kekasihnya, Zain Saidin membuat keputusan untuk memadamkan gambar-gambarnya dari Instagram kerana tidak tahan dan panas telinga apabila membaca beberapa komen yang sering mengutuk dan mengecam kekasihnya dengan kata-kata yang kurang sopan.

Dalam pada itu, pihak media sempat mengusik Che Tah tentang perancangan mengenai busana perkahwinannya nanti samada memilih untuk tampil dengan gaun yang agak seksi ataupun memilih gaun bertema tradisional. Usikan itu dibalas Che Tah dengan gelakan manja yang masih merahsiakan penampilan nanti.

Thursday, February 21, 2013

Siti Saleha Bergambar Seksi Untuk Majalah Cosmopolitan

Gempar mendengar tajuk kali ini?? Anda pasti teruja untuk mengetahuinya kan? Ya, itulah tajuk coretan kali ini. Siti Saleha seorang pelakon wanita yang hangat di pasaran ini telah menggemparkan dunia hiburan tanahair dengan berpakaian seksi.

Beliau yang bakal menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-23 pada 14 Mac ini telah tampil dengan imej seksi untuk majalah Cosmopolitan keluaran Mac ini. Siti Saleha yang memakai pakaian ala-ala corset yang mendedahkan bahagian atas dadanya dan dipadankan dengan skirt ketat paras pinggang telah berjaya menggoda peminat-peminatnya untuk melihat potongan badannya yang slim dan cantik ini. 

Bagi peminat-peminat Siti Saleha yang selalu memuja beliau bolehlah mendapatkan majalah tersebut yang akan berada dipasaran tidak lama lagi. Pasti majalah-majalah seperti ini akan kehabisan stok dengan awal.

Nora Danish Berbaju Tidur Nipis Di dapur

Sejak bergelar janda, Nora Danish dilihat semakin seksi dan bergaya. Kalau ini merupakan perubahan terbaru Nora Danish berkemungkinan beliau sedang dalam proses mencari teman baru. Jadi, bagi kaum Adam di luar sana, anda mungkin berpeluang untuk menjadi teman baru Nora!!

Baru-baru ini, Nora Danish juga telah dilihat memuat-naik sekeping gambar seksi beliau yang hanya memakai baju tidur nipis ketika memasak di dapur disalah satu laman web sosial beliau. Memang kelihatan seksi dan menawan. Namun begitu, bagi saya, Nora tidak sepatutnya memuat-naik gambar-gambar seksi beliau ke laman web sosial. Ini kerana berkemungkinan akan mengundang perbuatan tidak bermoral oleh beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab dan berhidung belang!!.

Tidak kurang juga, baru-baru ini Nora telah memuat-naik beberapa keping gambar-gambar beliau sedang bertinju. Mungkin untuk mengisi masa lapang dan mempelajari seni mempertahankan diri. Ini menunjukkan Nora semakin matang dan lebih bersikap terbuka dalam mengharungi liku-liku kehidupan beliau dimasa akan datang. Tahniah untuk Nora kerana berjaya mengekalkan kesihatan dan kecantikan dengan bersukan.