Tuesday, April 9, 2013

Rozita Che Wan Tetap Berimej Seksi

Siapa yang tidak kenal dengan ibu tunggal kepada 2 orang anak, Rozita Che Wan, 40, yang memiliki bentuk tubuh badan yang menarik dan gemar tampil dengan imej seksi ini akan terus tetap dengan pendiriannya untuk mengekalkan imej seksinya walaupun dikritik dan dikutuk hebat oleh peminat.

Menurut beliau, dia lebih gemar dan selesa dengan imejnya kini walaupun pernah menimbulkan beberapa kontroversi dan dilemparkan kritikan pedas daripada peminat-peminat semata-mata memuat-naik beberapa gambar seksi beliau di Instagram.

Rozita menegaskan kepada pihak media yang memintanya mengulas berikutan kontroversi yang ditimbulkannya itu, bertegas akan tetap dengan pendiriannya dan tidak akan mengubah penampilan seksinya demi kerana orang lain.

Beliau yang selalu tampil dengan imej seksi dan sering menunjukkan bentuk tubuhnya dengan berpakaian ketat ini tidak pernah mengambil kisah kutukan dan kritikan dari sesetengah pihak. Namun begitu, berlainan pula dengan kekasihnya, Zain Saidin, yang agak panas telinga apabila buah hatinya itu sering dikecam dan dilemparkan dengan kata-kata yang agak kurang sopan dan menyakitkan telinga. Dengan itu, pelakon kelahiran kacukan Melayu-Inggeris ini telah mengambil tindakan untuk memadamkan gambar-gambar seksi Che Tah ini dari laman Instagramnya.

Menurut Che Tah, kekasihnya, Zain Saidin membuat keputusan untuk memadamkan gambar-gambarnya dari Instagram kerana tidak tahan dan panas telinga apabila membaca beberapa komen yang sering mengutuk dan mengecam kekasihnya dengan kata-kata yang kurang sopan.

Dalam pada itu, pihak media sempat mengusik Che Tah tentang perancangan mengenai busana perkahwinannya nanti samada memilih untuk tampil dengan gaun yang agak seksi ataupun memilih gaun bertema tradisional. Usikan itu dibalas Che Tah dengan gelakan manja yang masih merahsiakan penampilan nanti.

No comments:

Post a Comment