Sunday, January 20, 2013

Menjadi Kaya Dengan Hanya Menjual Cermin Mata

James Murray Wells

Pernahkah anda terbaca atau mengetahui kisah bagaimana orang lain boleh menjadi kaya dengan hanya menjual cermin mata? Adakah anda juga mempunyai cita-cita untuk menjadi kaya seperti orang lain? Memperolehi pendapatan lumayan melalui internet? Tetapi...persoalannya..adakah anda mempunyai produk-produk tertentu untuk diniagakan? Inilah yang selalu menjadi persoalan bagi setiap individu untuk memperolehi pendapatan melalui internet.

Ramai individu mempunyai sifat ingin berjaya dan kaya melalui internet. Tetapi menemui jalan buntu untuk penyelesaian ini. Ada yang tidak tahu apa yang ingin diniagakan disamping ilmu-ilmu dunia internet dan juga perniagaan yang tidak mencukupi. Ada pula yang hanya mempunyai semangat separuh jalan. Ada pula yang tidak percaya dengan internet mereka boleh berjaya seperti orang lain. Kononnya, mereka yang telah berjaya melalui internet mempunyai latar belakang dari keluarga kaya dan juga mempunyai kewangan yang kukuh. Anda silap!! Jika anda befikir demikian, sememangnya saya katakan "Anda silap!!"
Apa yang ingin saya nyatakan di sini, terdapat ramai contoh usahawan internet yang berjaya pada masa kini yang mempunyai latar belakang yang sederhana. Kehidupan mereka agak sempit sebelum ini. Malah, ada diantara mereka yang telah berjaya juga tidak mempunyai ilmu internet yang tinggi. Mereka juga sebelum ini seperti anda, hanya tahu melayari internet untuk membaca berita, menonton video atau menerima dan menghantar e-mail sahaja.

Jadi, jika anda mempunyai sifat ingin berjaya seperti orang lain dan tercari-cari ikon usahawan yang boleh dijadikan sumber inspirasi untuk anda berjaya, James Murray Wells boleh dianggap sebagai jaguh dalam kategori ini. Beliau merupakan usahawan muda yang telah berjaya dan memperolehi pendapatan yang lumayan dengan menjual produk di internet pada suatu ketika dulu hingga kini. Beliau telah pun menjadi kaya dengan hanya menjual cermin mata.

Anda tentu tertanya-tanya mengapa saya mengatakan James Murray Wells adalah jaguh dalam kategori ini kan? Saya akan menceritakan mengapa saya memilih James Murray Wells walaupun terdapat ramai lagi jutawan-jutawan atau usahawan-usahawan yang lain memperolehi pendapatan yang lumayan melalui perniagaan internet.

Untuk pengetahuan anda, James Murray Wells merupakan seorang usahawan yang telah berjaya di dalam perniagaan internet ketika usia muda walaupun tidak mempunyai sebarang pengetahuan asas atau pengalaman perniagaan yang mantap!! Dan yang lebih menarik lagi adalah beliau telah meraih pelbagai anugerah dan juga pengiktirafan perniagaan di dalam usia muda beliau!! Antara anugerah-anugerah yang telah beliau kecapi ialah Anugerah Usahawan Muda dari Wales and West Country Credit Suisse, UK Shell Live Wire, Natwest dan juga Daily Mail Enterprising Young Brit. Kini, beliau bukan sahaja memiliki salah satu gedung cermin mata "online" yang termurah, malah merupakan pakar motivasi dan juga penceramah kepada usahawan muda yang ingin berjaya di dalam bidang internet. Anda lihat bagaimana beliau telah berjaya pada masa kini walaupun kurang mempunyai ilmu perniagaan dan juga internet. Beliau telah menjadi kaya dengan hanya menjual cermin mata!!

Pada dasarnya, kejayaan James Murray Wells miliki  ini lebih banyak tertumpu kepada penglibatan beliau di dalam perniagaan menjual cermin mata beliau yang diberi nama "Glasses Direct" melalui laman web www.glassesdirect.co.uk yang merupakan salah sebuah syarikat menjual cermin mata secara "online".

laman web niaga GlassesDirect milik James
Untuk pengetahuan anda, James telah berjaya mengasaskan syarikat perniagaan "online" beliau ketika berusia 21 tahun dan ketika itu beliau masih lagi menuntut di universiti. Dan, 4 tahun kemudian, beliau telah berjaya menjadikan perniagaan cermin mata beliau adalah antara yang termaju menjual cermin mata secara "online"!!

Kisah dan idea James untuk menjual cermin mata ini tercetus ketika beliau masih lagi menuntut di universiti. Ketika itu, beliau mempunyai sedikit permasalahan dengan penglihatan dan mengganggu penglihatannya ketika mengulangkaji pelajaran dan juga membuat tugasan universiti beliau. Beliau sedar, untuk terus belajar di dalam keadaan yang lebih selesa, beliau sememangnya memerlukan sepasang cermin mata. Beliau berjumpa dengan optometris selepas itu dan amat terkejut dengan harga cermin mata yang agak mahal iaitu sekitar £150 bagi mendapatkan sepasang cermin mata. Disebabkan kecewa dengan apa yang dihadapi beliau bertekad untuk mengetahui kos sebenar untuk menghasilkan sepasang cermin mata.

Beliau terus mencari dari pelbagai sumber untuk mengetahui kos sebenar penghasilan sepasang cermin mata dan amat terkejut sekali kerana penghasilan sepasang cermin mata pada ketika itu hanyalah sekitar £7 sahaja!!. Ia jauh lebih murah dari apa yang dilihat sebelum ini!!.

Dengan itu, tercetuslah satu idea perniagaan yang luar biasa dari jangkaan beliau melalui kajian yang dilakukan sebelum ini. Lantas dengan itu, berbekalkan sedikit modal dari wang pengajian serta semangat untuk berjaya, beliau nekad untuk memulakan perniagaan pertamanya dari rumah sendiri. 

kenyataan James di dalam akhbar The Sun
Beliau berjaya menjimatkan kos-kos pembuatan dan mampu memberikan harga yang sangat murah kepada para pelanggan kerana syarikat yang beliau tubuhkan tidak perlu membayar upah kepada orang tengah, gudang-gudang ternama dan juga mesin-mesin bagi menghasilkan cermin mata.

Namun begitu, murah bukanlah menjadi faktor utama jika dibandingkan dengan kualiti produk yang dihasilkan oleh syarikat beliau. Syarikat beliau menggunakan cermin, bingkai serta standard makmal seperti yang digunakan oleh pembuat-pembuat cermin mata terkenal. Optometris yang bekerja di syarikat beliau juga merupakan pekerja-pekerja yang berdaftar dengan Majlis Optikal Am bagi menjamin penghasilan cermin mata terkawal dan berkualiti. 

Disebabkan harga dan juga kualiti yang setanding dengan pembuat-pembuat cermin mata terkenal dunia, syarikat Glasses Direct beliau berjaya berkembang dengan cepat hanya mengambil masa beberapa bulan sahaja selepas penubuhannya. Inilah faktor utama kejayaan syarikat Glasses Direct!!. Walaupun begitu, beliau menghadapi beberapa pemasalahan teknikal ketika menubuhkan syarikat ini disebabkan pengetahuan dan juga pengalaman perniagaan yang agak kurang. Namun begitu, ia bukanlah menjadi masalah utama di dalam penubuhan syarikat beliau, kerana beliau telah mengagihkan tugas-tugas tersebut kepada rakan se-universiti beliau yang merupakan seorang yang pakar dan mahir didalam bidang pembinaan laman web perniagaan. 

Dan, hingga kini, beliau masih lagi memperolehi pendapatan yang lumayan dan mempunyai kehidupan yang amat selesa serta menjadi kaya dengan hanya menjual cermin mata!!

Jadi disini, adakah anda teruja dengan kejayaan James Murray Wells yang menjadi kaya dengan hanya menjual cermin mata? Beliau juga merupakan seorang insan seperti anda, kurang mempunyai ilmu dan juga pengalaman! Tetapi berjaya!! Adakah anda masih ragu-ragu bahawa internet mampu memberikan anda kejayaan dan kekayaan yang anda idamkan seperti orang lain? Tepuk dada tanya selera...

No comments:

Post a Comment