Tuesday, July 9, 2013

Solat Sunat Tarawih

Setiap tahun, apabila tiba bulan Ramadhan semua umat Islam akan berpuasa dan kita dituntut untuk melipat-gandakan amalan-amalan bagi mendapat ganjaran yang lebih baik di bulan yang mulia ini. Kita akan dapat melihat ramai umat Islam memeriahkan malam-malan di bulan Ramadhan ini dengan ibadah solat sunat tarawih, sunat witir, tadarus al-Quran dan berbagai lagi amal kebajikan termasuk bersedekah.

Solat sunat Tarawih merupakan solat sunat yang dituntut dilakukan ke atas umat Islam samaada lelaki atau wanita pada tiap-tiap malam Ramadhan samaada dilakukan berjemaah ataupun berseorangan. 

Tarawih yang menurut kata asalnya adalah duduk beristirehat setelah mengerjakan solat empat raka'at yang memberi erti kata duduk bersenang-senang atau beristirehat setelah melakukan solat setiap empat raka'at. Solat sunat Tarawih adalah solat dengan rasa senang dan kelapangan hati setelah mengerjakan solat Fardhu Isya'. Kebiasaannya, jemaah akan duduk berehat setelah mengerjakan empat raka'at solat sunat Tarawih dan membaca zikir ataupun doa sebelum disambung semula dengan empar raka'at lagi sehingga cukup 8 ataupun 20 raka'at. Tarawih juga disebut sebagai Qiyamu Ramadhan iaitu solat sunat Tarawih yang dikerjakan selepas solat fardhu Isya' dan waktu mengerjakannya adalah berpanjang sehingga akhir malam.

Rasulullah s.a.w. amat menggalakkan solat sunat Tarawih namun begitu beliau tidak mewajibkan hukum untuk melakukannya. Ini dapat dibuktikan menurut Abu Hurairah berkata, "Rasulullah s.a.w. sangat menggalakkan solat Tarawih sekalipun baginda tidak mewajibkannya". Baginda bersabda; "Sesiapa yang mengerjakan Qiyamu Ramadhan semata-mata kerana iman dan mengharapkan ganjaran daripada Allah, maka akan diampuni dosa-dosanya yang lampau".

Perkara ini juga dibuktikan oleh Aishah r.a yang berkata; "Rasulullah s.a.w. mengerjakan solat tarawih di masjid kemudian ramai sahabat-sahabat baginda mengikutinya. Pada malam berikutnya, baginda mengerjakan solat tarawih lagi di masjid dan semakin ramai sahabat-sahabat baginda yang datang mengerjakan solat bersama. Dan pada malam ketiga, para sahabat baginda telah berkumpul dan menunggu kedatangan Rasulullah, namun begitu baginda tidak menhadirkan dirinya. Pada keesokan harinya, baginda berkata kepada mereka;"Sesungguhnya aku melihat sambutan kamu. Sebenarnya aku tidak datang malam itu hanya kerana takutsolat itu diwajibkan ke atas kamu."

Lafaz solat sunat Tarawih;


Fail:Solat sunat39.gif

Bermaksud: Sahaja aku sembahyang tarawih menjadi imam/makmum kerana Allah Ta'ala.

No comments:

Post a Comment