Wednesday, June 19, 2013

Kenapa Saga SV lebih murah?


Agak gempar juga penduduk Malaysia apabila kerajaan akhirnya mengumumkan untuk menurunkan harga kereta Proton. Sempena pelancaran Proton Saga SV 2013 pada minggu lepas, ramai pengguna dan juga pembeli kereta nasional ini tertanya-tanya kenapa harga kereta tersebut jauh lebih murah dari model-model sebelum ini.


Ramai yang mempercayai bahawa penurunan harga kereta tersebut hasil dari permintaan ramai agar kerajaan menurunkan harga cukai kereta atas jalan ataupun pengurangan kos-kos bahan mentah. Tetapi sangkaan itu meleset sama sekali. Disini saya berkongsi maklumat untuk anda semua yang saya perolehi dari blog plbgaimacam untuk anda semua menilai sendiri penurunan harga kereta Proton.

Rupa-rupanya penurunan harga kereta tersebut adalah berpunca dari pengurangan pakej aksessori yang ditawarkan. Walaupun ia berupa pakej aksessori percuma, namun begitu pembeli tetap akan membelinya, kerana ia merupakan pakej aksessori dalaman dan juga luaran kereta yang sememangnya diperlukan. 

No comments:

Post a Comment