Thursday, January 10, 2013

Gurah Vagina

Terdapat pelbagai cara untuk menuju kebahagiaan didalam urusan rumahtangga. Ramai suami dan isteri yang telah mencuba berbagai-bagai cara untuk meraihkan kebahagiaan rumahtangga yang hakiki.

Salah satu upaya mempertahankan kebahagiaan suami isteri itu adalah dengan memerhatikan kepuasan hubungan seksual bersama.  Pokok pangkalnya ialah suami isteri tidak boleh saling egois tetapi saling bantu membantu.  Salah satu usaha ialah dengan  memelihara organ intim masing-masing, yang tentunya tidak boleh diabaikan begitu sahaja.  Ini bererti alat kelamin harus sentiasa berada dalam keadaan bersih, dirawat dan prima.

Di kalangan wanita salah satu cara untuk merawat organ intim mereka ialah dengan melakukan 'gurah'.  Gurah bermaksud membersihkan kotoran atau lendir-lendir yang terdapat dalam organ tubuh untuk dinyahkan dari organ intim keluar agar organ intim menjadi sihat.

Berbagai-bagai kaedah penggurahan telah diperkenalkan di tanah air kita Malaysia yang melibatkan berbagai ramuan herba dan yang paling diminati oleh ramai kaum hawa ialah gurah vagina.  Perkara ini tidak menghairankan kita kerana setiap wanita pasti menginginkan organ kewanitaan yang mempunyai otot yang kuat,mencengkam dan sihat.  Keadaan vagina seperti ini menjadi idaman ideal bagi setiap wanita.  Mereka yang memiliki organ vagina seperti itu pasti tampil dengan keyakinan diri yang tinggi.  Sebaliknya bagi wanita yang merasakan organ vaginanya tidak sempurna akan berusaha untuk mencari tempat pengubatan sebagai usaha memulihkan keadaan vaginanya.

"Gurah Vagina sendiri merupakan hasil dari berbagai ramuan tradisional berkhasiat warisan nenek moyang kita dan 100% hasil keluaran orang Asli Kelantan tanpa dicampurkan dengan rempah ratus.  Kalau di Mesir adanya Ratu Cleopatra yang terkenal dengan mandian susu untuk awet muda maka keampuhan Gurah Vagina yang telah lama diperkenalkan juga tiada kalahnya"

Gurah Vagina mempunyai kelebihan tiada tandingannya. Ramai kaum ibu dari seluruh pelusuk negara termasuk Singapura dan Brunei telah menggunakan Gurah Vagina dan hasilnya amatlah memberangsangkan.

Gurah Vagina yang dihasilkan dari beberapa ramuan herba-herba tempatan biasanya akan bekerja secara sistematik, merangsang otot-otot lingkar vagina untuk berkontraksi secara hebat.  Gerakan yang dihasilkan mirip gerakan meramas dan mencengkam.  Seorang wanita yang memiliki otot kewanitaan yang hebat seperti ini tentunya akan mampu memuaskan pasangannya.  Selain dari itu, Gurah Vagina juga mampu untuk mengatasi masalah berbagai penyakit kewanitaan seperti keputihan dan lendir yang berlebihan sehingga menjadikan vaginanya lembab dan tidak terlalu kering, kesat, segar dan tidak berbau.  Keadaan kewanitaan seperti inilah yang sering didambakan oleh kaum Hawa dan akhirnya mereka akan berasa lebih percaya diri, tenang dan mantap, apalagi sewaktu melayani Sang Suami.

No comments:

Post a Comment