Sunday, March 9, 2014

Misteri Kehilangan MH370

Sejak semalam seluruh negara telah dikejutkan dengan misteri kehilangan MH370 milik Penerbangan Malaysia.
Pesawat, B777 yang telah dibina oleh Boeing Commercial Airplanes dari Amerika Syarikat telah diperkenalkan pada tahun 1994 dianggap sebagai 'permaisuri di langit' oleh MAS.
Pesawat MH370 telah berlepas dari KLIA pada pukul 12:41 pagi dan dijangka tiba di Beijing pada pukul 6:30 pagi tiba-tiba hilang dari pandangan radar di perairan Vietnam pada jam 2:40 pagi.
Pesawat Boeing 777-200 milik MAS yang membawa seramai 239 penumpang termasuk kru secara tiba-tiba ghaib itu telah menimbulkan pelbagai teori termasuk kemungkinan sabotaj dan khianat ke atas pesawat yang canggih dan mewah itu.


No comments:

Post a Comment