Sunday, February 24, 2013

Kenalpasti Kerosakan Penyerap Hentak

16 Steer Suspension
Tahukah anda bahawa penyerap hentak atau lebih dikenali dengan 'shock-absorber' merupakan salah satu komponen kenderaan terpenting yang menjamin keselamatan dan keselesaan pemanduan anda? Tentu ada yang sudah sedia maklum dengan penyerap hentak dan ada juga yang tidak tahu akan kepentingan penyerap hentak kenderaan anda.
APM PerforMax Standard Shock Absorber

Pernahkah anda mengalami situasi dimana kenderaan anda sering melantun dan terumbang-ambing ketika melalui jalan yang berbonggol-bonggol atau tidak rata atau ketika tayar kenderaan anda termasuk ke dalam lubang? Tentu ada yang merasai situasi begini yang pastinya menyebabkan pemanduan anda tidak lancar dan selesa. Malah, kenderaan yang mempunyai penyerap hentak yang telah rosak juga akan melantun lebih dari sekali sebelum ia kembali ke posisi asal kenderaan tersebut.
Audi A3 Shock Absorber

Jika anda terus menggunakan penyerap hentak yang rosak, lama-kelamaan ia akan menyebabkan kerosakan lain ke atas kenderaan yang pastinya boleh mengakibatkan kemalangan terhadap pemanduan berkelajuan tinggi. Kenderaan yang bergerak dengan kelajuan tinggi akan mengalami pergerakan yang tidak lurus, melayang atau gelong dan sukar dikawal serta kenderaan juga dirasakan seperti terapung-apung jika mempunyai penyerap hentak yang telah rosak. Dengan situasi ini, pemandu terpaksa sering membetulkan kedudukan stereng atau 'over-correct' untuk mengimbangi kenderaan tersebut. Jika anda ada merasakan situasi begini terhadap kenderaan anda, ini bermakna penyerap hentak kenderaan anda telah mengalami kerosakan dan perlu diganti dengan segera.
Ford F 150 SVT Raptor Suspension
GAB SA Series Sport Absorber

Selain itu, anda boleh mengetahui samada penyerap hentak kenderaan anda telah rosak ataupun tidak dengan menekan di setiap sudut kenderaan yang mempunyai penyerap hentak dan melepaskannya dengan segera. Jika penyerap hentak tersebut tidak kembali ke kedudukan asalnya ataupun ia tidak turun ketika anda menekannya, ini bermakna bahawa penyerap hentak kenderaan anda telah menjadi terlalu keras ataupun telah tersekat. Keadaan ini disebabkan oleh pergerakkan yang sedikit ke atas piston rod yang terdapat di dalam penyerap hentak tersebut dan ia perlu segera diganti untuk menjamin keselamatan dan keselesaan pemanduan anda.
Proton Waja HA Series Shock Absorber
S2000 Shock Absorber

Pemerhatian secara visual juga boleh dilakukan untuk mengenalpasti kerosakan penyerap hentak. Perhatikan jika terdapat sebarang kebocoran dari atas penyerap hentak kenderaan anda hingga ke tapak pegas. Jika pemandu yang menggunakan penyerap hentak jenis gas, ia juga boleh dikenalpasti dengan cara ini. Ini kerana  penyerap hentak jenis ini juga menggunakan minyak pelincir untuk berfungsi. Namun begitu, adalah amat penting bagi anda untuk mengenalpasti dan membezakan diantara lelehan minyak dengan wap gas yang mengumpul habuk pada penyerap hentak jenis gas tersebut. Keadaan ini adalah normal bagi penyerap hentak jenis gas dan tidak semestinya penyerap hentak anda telah mengalami kerosakan. Bagi pemandu yang menggunakan penyerap hentak jenis gas ini boleh juga ke bengkel-bengkel kenderaan berhampiran untuk mendapatkan kepastian ke atas penyerap hentak anda.
Ways of Detecting Shock Absorber Damage
Reiger Racing Suspension Front  Shock Absorber

Penyerap hentak yang telah rosak juga akan mengakibatkan tayar kenderaan mengalami kerosakan dan kelihatan tidak rata serta berbukit-bukit. Kedaan ini berlaku kerana permukaan tayar kenderaan anda tidak dapat menyentuh permukaan jalan raya dengan sekata. Iini membuktikan bahawa penyerap hentak anda telah gagal untuk menolak atau menampung sentuhan tayar ataupun 'contact-patch' ke atas kenderaan anda dengan sekata. Jika ini berlaku, bukan hanya penyerap hentak yang perlu diganti, malah, tayar-tayar kenderaan anda yang mengalami kerosakan juga perlu diganti untuk menjalani proses imbangan ataupun 'balancing and alignment'.
OHLINS TT40 MKII Shock Absorber

Seperti yang telah dinyatakan tadi, penyerap hentak yang mengalami kerosakan pasti akan mengakibatkan kemalangan jalan raya. Ini kerana, penyerap hentak yang rosak memberi kesan ke atas keberkesanan sistem brek kenderaan anda, lebih-lebih lagi ketika melakukan brek kecemasan. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh ketidakstabilan kenderaan yang sekaligus gagal untuk menghilangkan 'daya upaya' pada kenderaan anda dan juga sistem brek.

Secara keseluruhannya, selain penyerap hentak, menitikberatkan pelbagai aspek keselamatan ke atas kenderaan anda amatlah wajar dilakukan untuk memastikan pemanduan anda sentiasa berada di dalam keadaan yang selamat dan terjamin.

No comments:

Post a Comment